Visi, Misi, Moto & Objektif ATLF

Pengenalan

Akademi Tahfiz Lil Faaizin mempunyai matlamat yang tersendiri dalam usaha memartabatkan pendidikan Al-Quran kepada generasi muda secara khususnya dan masyarakat seluruhnya secara amnya. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, kejelasan terhadap visi, misi, moto dan objektif adalah perkara yang perlu diberi keutamaan untuk dijadikan rujukan dalam rangka pelaksanaannya di lapangan. Berikut adalah antara visi, misi, moto dan objektif bagi Akademi Tahfiz Lil Faaizin:

VISI

Memertabatkan pendidikan Al-Quran, memperkasakan ummah

MISI

Melahirkan generasi huffah rabbani yang dinamik

MOTO

  • Berilmu
  • Beramal
  • Berakhlak

OBJEKTIF

  • Melahirkan modal insan yang menghafaz 30 juzu’ Al-Quran dalam masa 3 tahun.
  • Membudayakan hafazan Al-Quran dalam pendidikan awal remaja.
  • Membentuk keperibadian terpuji dalam kalangan generasi muda melalui acuaan pendidikan berteraskan Al-Quran.
  • Membina karakter ilmuwan bagi meneruskan legasi perjuangan para alim ulama.
  • Memperkukuhkan jati diri kepinpiman yang unggul.