Majlis Seluhur Budi & Kecemerlangan Murid Akademi Tahfiz Lil Faaizin 2025

10/08/2025

atlf com my images 0018

Tarikh: 09 Ogos 2025 | Sabtu | 15 Safar 1447H
Masa : 08:00 pagi – 01:00 tengahari
Tempat: Dewan Akademi Tahfiz Lil Faaizin

Dirasmikan Oleh:
Dato Dr Abdullah Bin Abu Bakar
(Pengelola Akademi Tahfiz Lil Faaizin)

Pendahuluan
Majlis Apresiasi Kecemerlangan murid 2024/2025 merupakan program yang mengiktiraf kejayaan murid dan pelajar dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Dengan adanya program ini ia diharapkan menjadi satu galakan kepada murid dan pelajar untuk berusaha lebih gigih demi mencapai kejayaan dalam bidang akademik seterusnya memberikan motivasi kepada ibu bapa untuk terus membantu anak anak mereka mencapai kejayaan.

Matlamat
Mengiktiraf kejayaan murid dan pelajar dalam pelbagai bidang.
Memberi galakan kepada murid dan pelajar untuk berjayadalam Pelajaran.
Memberi galakan kepada ibu bapa agar terus memberikansokongan kepada anak anak mereka dalam mencapai kejayaan.
Mengeratkan hubungan dan memupuk kerjasama antara warga ATLF dengan masyarakat setempat.