PENGENALAN
Program ini merupakan salah satu program yang telah dirancangkan bagi tahun 2025. Program ini berbentuk khidmat masyarakat di mana pelajar-pelajar akan bekerjasama untuk bergotong-royong bagi membersihkan tanah perkuburan. Program ini juga akan dapat mengindahkan suasana Kawasan tanah perkuburan.
OBJEKTIF
Melahirkan rasa bertanggungjawab dalam kalangan pelajar-pelajar Akademi Tahfiz Lil Faaizin, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan komuniti setempat supaya menjaga kebersihan alam sekitar.
Memupuk semangat bekerjasama dalam menjalankan sebarang aktiviti dan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan murid-murid.
Memberikan pendedahan awal kepada murid-murid berkenaan khidmat Masyarakat yang perlu mereka lakukan.
Tarikh: 17 Mei 2025 (Sabtu)
Tempat: Perkuburan Hulu Takir
Anjuran: Akademi Tahfiz Lil Faaizin Dengan
Kerjasama
Fakulti Perniagaan Dan Pengurusan
(Diploma Pengajian Insurans) Universiti Sultan Zainal Abidin















