Kenapa Perlu Tadabbur Al-Quran?

20/02/2024

Usah biarkan hatimu terus terkunci!

Allah SWT telah mengingatkan tentang keadaan sebahagian manusia apabila tidak mahu berusaha untuk memahami & menghayati mesej-mesej pengajaran daripada al-Quran sebagaimana dalam firman-Nya:

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

(setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?

(Surah Muhammad, 47: 24)

Minimalist Simple Motivational Quote Instagram Post 2

Satu nukilan kata-kata daripada seorang ulama’ yang seharusnya direnungi:

أَنَّ كُلَّ مَنْ لَهُ قُدَرَةٌ مِنَ اْلمُسْلِمِيْنَ، عَلَى التَّعَلُّمِ وَالتَّفَهُّمِ، وَإِدْرَاكِ مَعَانِي اْلكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، يَجِبُ عَلَيْهِ تَعَلُّمَهُمَا، وَالْعَمَلَ بِمَا عَلَّمَ مِنْهُمَا. أَمَّا اْلعَمَلُ بِهِمَا مَعَ الْجَهْلِ بِمَا يَعْمَلُ بِهِ مِنْهُمَا فَمَمْنُوْعٌ إِجْمَاعاً. وَأَمَّا مَا عَلَّمَهُ مِنْهُمَا عِلْماً صَحِيْحاً نَاشِئاً عَنْ تَعَلُّمٍ صَحِيْحٍ. فَلَهُ أَنْ يَعْمَلَ بِهِ. وَلَوْ آيةً وَاحِدَةً أَوْ حديثاً واحداً.

“Orang Islam yang mempunyai kemampuan untuk mempelajari, memahami dan mengetahui makna-makna daripada al-Quran dan sunnah dituntut untuk mempelajari dan beramal dengan apa yang dipelajari dari keduanya. Adapun beramal dengan kejahilan terhadap apa yang diamalkan dari keduanya adalah dilarang secara ijmak. Manakala setiap apa yang dipelajari daripada ilmu yang benar dan pembelajaran yang betul hendaklah diamalkan walaupun dengan sepotong ayat al-Quran atau hadis.”

(Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti)