Mengasah Minda Rabbani, Memperkukuh Jiwa Qurani
Akademi Tahfiz Lil Faaizin menerima beberapa orang pelajar yang baru mendaftar dan telah diwajibkan untuk menyertai program minggu ribatul mahabbah (orientasi pelajar).
Hari pertama dimulakan dengan Taklimat Hal Ehwal Akademik yang memberi penerangan tentang kurikulum pengajian. Para pelajar diberi gambaran menyeluruh tentang mata pelajaran yang akan dipelajari serta amalan pembelajaran yang ditekankan.
Pada hari kedua, mereka menghadiri Taklimat Hal Ehwal Pelajar yang memberi penekanan kepada peraturan dan disiplin di akademi. Para pelajar diberi penerangan mengenai norma dan etika yang perlu dipegang sepanjang bergelar sebagai pelajar Akademi Tahfiz Lil Faaizin.
Hari ketiga disediakan untuk Taklimat Hal Ehwal Asrama. Pelajar diberi penerangan mengenai jadual aktiviti harian serta peraturan-peraturan yang perlu diikuti di dalam asrama. Mereka diberi pemahaman yang jelas mengenai tatatertib kehidupan sepanjang berada di asrama.
Pada hari keempat, diadakanlah Bengkel Smart Huffaz yang bertujuan untuk membimbing pelajar menuju ke arah menjadi Huffaz Rabbani yang Dinamik. Mereka dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan untuk mencapai tahap hafazan yang tinggi serta menjadi pemimpin yang berpengaruh.
Program Minggu Ribatul Mahabbah diakhiri dengan meriahnya Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian sijil watikah kepimpinan asrama. Para pelajar diiktiraf atas pencapaian mereka dan diinspirasikan untuk terus berusaha dalam mengejar cita-cita mereka.
Dengan penekanan yang diberikan kepada pendidikan, disiplin, dan pembangunan spiritual, Akademi Tahfiz Lil Faaizin terus membina generasi pelajar yang cemerlang dalam ilmu agama dan akhlak yang mulia.
Semoga ATLF terus mara membangun generasi huffaz rabbani yang dinamik…