Memahami makna dan tanggungjawab mendidik dan menghasilkan generasi al-Quran yang Rabbani dan Dinamik menjadi inspirasi kepada barisan ahli jawatankuasa pengurusan dan pentadbiran Akademi Tahfiz Lil Faaizin untuk turun ke lapangan bagi memantau prestasi dan pencapaian para pelajar walaupun mempunyai kesibukan-kesibukan yang tersendiri.
Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran ATLF dipengerusikan oleh Prof. Dr. Hafizan bin Juahir yang merupakan Pengarah di Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Beliau dibantu oleh barisan AJK yang terdiri dalam kalangan profesional dari pelbagai bidang yang sanggup menyumbang khidmat bakti secara sukarela (tanpa gaji) bagi membantu barisan jawatan kuasa pelaksana yang diketuai oleh Mudir Akademi Tahfiz Lil Faaizin Ustaz Mahmud Jamaludin ke arah merealisasikan visi dan misi akademi pada masa hadapan.
Kesungguhan yang ditonjolkan oleh barisan jawatankuasa pengurusan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada para guru dan pelajar untuk terus istiqomah bersama Akademi Tahfiz Lil Faaizin.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Ali ‘Imran, 3:79
“Tidak mungkin bagi seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, “Jadilah kamu penyembahku, bukan penyembah Allah,” tetapi (dia berkata), “Jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya!”
Peranan dalam mendidik generasi al-Quran adalah dengan memandu mereka agar memahami tentang hakikat perjuangan pengajian dan masa depan kehidupan mereka sebagai seorang penghafaz kalamullah (al-Quran). Pelajar harus memahami bahawa setiap ketetapan, peraturan dan program yang dijalankan merupakan sebahagian daripada sunnatullah yang diperlu dijalani dan dipatuhi agar setiap perjalanan menuntut ilmu ini bernilai ibadah di sisi Allah dan mendapat keberkatan daripada-Nya.
PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2022 TELAH DIBUKA!
Maklumat lanjut sila layari : Permohonan kemasukan pelajar baharu 2022