Sabtu, 06 Mac 2021
Alhamdulillah, sejarah buat Akademi Tahfiz Lil Faaizin pada hari ini. Dan dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah, Mesyuarat Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG 2021/2022 dapat berjalan lancar dengan kerjasama dan komitmen oleh semua pihak yang terlibat. Semoga usaha ini termasuk dalam kalangan orang-orang yang menyahut seruan Allah s.w.t. di dalam al-Quran melalui firman-Nya:
وَتَعَاوَنُوْا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوٰىۖ
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa.”
(Surah al-Maidah, 5: 2)
Inshaa Allah, dengan tertubuhnya PIBG ATLF 2021/2022 ini, kita mengharapkan akan ada sesuatu yang lebih positif berlaku dalam perkembangan pendidikan anak-anak pelajar di Akademi ini. Terima kasih diucapkan khususnya kepada Ustaz Abu Bakar bin Musa selaku Penasihat Akademi Tahfiz Lil Faaizin kerana sudi hadir memberikan pesanan berharga dan perkongsian pengalaman walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang baik. Kemudian, terima kasih juga kepada semua pihak ibu bapa dan ahli jawatankuasa pengurusan dan sokongan Akademi Tahfiz Lil Faaizin atas segala sokongan, dokongan serta komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan usaha yang murni ini. Komitmen semua pihak secara langsung atau tidak langsung menunjukkan kecaknaan terhadap perkembangan pendidikan anak-anak pelajar di Akademi ini.
Tahniah diucapkan kepada semua barisan Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik yang akan diketuai oleh En. Hamidi bin Salleh selaku YDP-PIBG sesi 2021/202 pada kali ini. Inshaa Allah, dengan pengalaman dan keilmuan yang dimiliki diharapkan dapat mengemudi bahtera PIBG ATLF dengan baik dan cemerlang bersama dengan semua pihak ibu bapa dan pengurusan Akademi. – Bismillah…
Semoga terus maju jaya…
Saya yang menjalankan amanah,
Mahmud bin Jamaludin,
Mudir
Akademi Tahfiz Lil Faaizin